Aku Mahu Berubah

Image result for anime sahabat muslimah


      NAK BERUBAH ? Mari dapatkan sedikit bait bicara untuk menjadi tiupan semangat dalam diri kau !

         Di dunia ini , kau akan hadap banyak ragam manusia terutamanya , rakan . Ada dua jenis rakan . Iaitu rakan positif dan rakan negatif . Mereka membawa pengaruh besar dalam kehidupan kita .

              Apa itu rakan positif ? Rakan postif ialah mereka yang sentiasa membawa kita ke arah kehidupan yang lebih baik . Mungkin kau pernah jatuh dalam lubang maksiat . Ramai yang benci kau . Mereka kata kau ni jahat , jijik . Tak sanggup nak berkawan manusia seperti kau . Kau jangan sedih atau gusar . Teruskanlah melangkah . Ingat janji Allah . Allah ada bersama dengan orang yang sabar , orang yang sedang bermujahadah untuk mencari keredaanNya . Memang , nak berhijrah dari kejahilan itu tak mudah . Tapi , bila adanya rakan positif ini , mereka akan menjadi tulang belakang kau , asbab untuk kau lawan balik kejahilan yang pernah kau lakukan . Biarkan mereka di luar sana berkata kerana tak semua boleh terima baik buruk kau . Ayuh , jadikanlah diri sendiri sebagai rakan positif kepada rakan-rakan anda .

         Hmmm , rakan negatif ? Aku rasa kau boleh agak . Sememangnya manusia spesies ini lah yang akan jatuhkan semangat kau nak berubah . Kau kata kau nak berubah , nak berhenti dari lakukan maksiat . Tapi , hanya senyuman sinis yang kau dapat . Mereka persoalkan siapa kau di masa lalu . Kau akan rasa sesak waktu tu , kau rasa apa yang mereka cakapkan itu betul . Yaa , untuk apa berubah ? Yang terpalit noktah hitam itu akan tetap kekal . Hebat sekali penangan rakan negatif ini . Dari perasaan yang tiba-tiba lahir untuk berubah boleh lesap bagai angin sahaja . Dan akhirnya , kau gagal berubah .

        Sesungguhnya , pemilihan rakan amat memberi impak kepada diri kita sendiri . Rakan positif , In Shaa Allah membawa kita ke syurga . Rakan negatif ? Sengsara lah kau . Buat lah pilihan yang bijak ye kawan ! Ramaikan rakan positif anda.
Salam persahabatan .

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KMPh di Hatiku