Siapa kata kerja sebagai guru tadika mudah ?
Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan aku yang berubah 360 darjah selepas aku tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia . Aku tidak suka budak-budak . Aku rimas apabila mereka cuba untuk mendekatiku . Suka merengek , meminta . Situasi ini melemaskan aku . Manakan tidaknya , waktu sekolah , aku seorang yang agak kasar . Percakapan tidak pernah lembut . Gaya jalan pun dah macam lelaki . Sampai satu masa , orang memanggilku 'tomboy' . Siapa yang tidak marah apabila dirinya diejek ? Sudah pasti aku melawan kembali . Pernah aku menumbuk seorang mamat yang mencari pasal denganku . Agak tragis juga lah kerana kejadian tersebut berlaku di hadapan ustaz . Mujur kejadian tersebut dapat dikawal dan keadaan kembali menjadi normal . Tapi , kami tak bermusuh pun . Biasalah waktu itu 'umur baru setahun jagung' . Apabila teringat kembali kisah-kisah lalu amat melucukan hati juga . Alhamdulillah , sekarang aku sudah sedikit berubah . Kembali semula pada cerita aku . Aku memang sudah bertekad untuk bekerja setelah tamat SPM . Tidak kisahlah kerja apa sekali pun . Aku mahu kumpul duit . Abang aku mengesyorkan untuk bekerja di tadika yang terletak di Shah Alam . Hati aku melonjak kegembiraan . Aku lupa bahawa aku tidak minat budak-budak kecil . Ya , demi kerja !
Inilah tempat kerja aku .
Hari pertama kerja , aku berasa agak kekok . Ramai orang baharu yang harus aku kenal . Bukan staff-staff pekerja sahaja , bahkan untuk mengingati nama dan rupa puluhan nama anak-anak didik , nama dan rupa ibu bapa , kenderaan ibu bapa , sehingga baju budak-budak aku harus ingat sekali . Tidak campur lagi bahagian pakaian anak-anak , bekas susu dan botol susu juga harus aku ingat . Untuk mengingatinya tidak mudah . Aku jenis lambat menghafal . Tapi , demi pekerjaan , aku terpaksa hafal . Hari demi hari aku belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan . Akhirnya , perasaan itu berubah . Hati aku sentiasa berdetik rindu apabila mereka pulang ke rumah . Aku memulakan kerjaya aku pada jam seawal 6.30 pagi dan pulang pada jam 7.00 malam . Sungguh , aku bukan bekerja pada waktu itu . Waktu kerjaanku adalah pada pukul 7.00 pagi . Tapi , permintaan ibu bapa yang sibuk untuk berkejar ke tempat kerja di kawasan berhampiran seperti Klang dan Kuala Lumpur membuatkan majikan aku membuat jadual masa masuk waktu kerja seawal itu pada waktu pagi . Jika tiada sesiapa yang membuka pintu , sudah pastilah telinga ini akan sakit menahan cemuhan dari ibu bapa .
Cabaran menjadi guru di tadika ini adalah dalam membuat buku rancangan mengajar . Apa kau fikir aku masuk kerja suka-suka sahaja ? Bermain sahaja ? Sungguh , tanggapan itu sangat salah . Aku memang sifar jika melibatkan ilmu dalam mengajar anak-anak . Tapi , aku belajar . Alhamdulillah , berkat kecanggihan teknologi sekarang , aku boleh mencari maklumat dengan hujung jari sahaja . Hari-hari akan ada sesi pembelajaran bersama anak-anak kecil itu . Memang pada awalnya , aku sangat kekok . Tapi , masa mengajar aku untuk melatih diri untuk menjadi seorang yang berjaya . Mereka sudah boleh mengenal huruf dan nombor . Malahan , ada yang boleh membaca maksud terjemahan Al-Fatihah . Aku latih mereka setiap hari tanpa sedikit pun rasa bosan . Sekurang-kurangnya , apabila aku sudah berhenti bekerja nanti , mereka sudah boleh membaca atas usaha aku . Moga Allah redha . Bukan itu sahaja , majikan aku sentiasa memantau buku rancangan mengajar aku bersama seorang rakan sekerja aku . Malahan , ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk melihatnya bagi menilai sudut pembelajaran anak-anak mereka . Sungguh , itu semua bukan mudah . Sangat memaksa otak untuk lebih kreatif bagi menampilkan pelbagai jenis suasana pembelajaran .
Disebabkan anak murid aku seramai 27 orang . Ia bukan perkara yang mudah untuk mengawal mereka dalam satu masa . Tambahan pula , ragam mereka pelbagai . Aku dan rakan sekerja aku inilah yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada mereka . Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka berada dalam keadaan terkawal . Namun , bumi mana yang tidak ditimpa hujan ? Alkisahnya , aku mendapati seorang anak muridku suka menggigit . Suatu hari , pernah dia gigit rakannya , aku dan rakan sekerjaku memang sangat risau apabila berlaku perkara begitu . Namun , bagi aku ia adalah normal . Apabila budak kecil baru tumbuh gigi dan dalam proses pembesaran , mereka sangat aktif . Walau bagaimanapun , aku dan rakan sekerja aku sentiasa kawal dia . Perlu diingatkan , jumlah guru hanya dua orang sahaja manakala anak murid kami hampir mencapai 30 orang . Bagaimana kami membuat kerja kami ? Konsep kerjasama kami sangat titikberatkan . Jika tiada , maka punahlah semuanya . Pernah berlaku kes budak digigit , aku dipanggil ke bilik majikan . Tiada apa yang boleh aku ucapkan selain maaf . Mesti kau berfikiran , mana kami pergi waktu itu ? Makan gaji buta ke ? Dua orang guru nak kawal 27 orang murid bukan perkara mudah . Contohnya , tugas aku buat susu pada waktu pagi dan sediakan sarapan , rakan sekerja aku kawal pelajar . Tiba-tiba , ada seorang budak buang air besar . Kau rasa apa yang patut kami buat ? Kalau kami biarkan dulu , takut punggung budak itu menggelecek . Sebab kes inilah aku dihadapkan ke bilik majikan aku juga . Lelah , sangat lelah . Aku memang sangat terkejar-kejar melakukan kerja . Risau jika berlaku sesuatu di luar jangkauan pada mereka biarpun rakan sekerja aku bersama mereka . Mereka sangat ramai . Kami pernah meminta tambah lagi pekerja tapi tidak diterima . Kalau tambah sekali pun , pekerja baru tidak akan tahan lama . Datang kerja sehari , selepas itu tidak muncul-muncul lagi . Sebab ? Tidak tahan dengan ragam budak-budak . Boleh dikatakan pekerja di sini bertukar setiap minggu kecuali kami dan staff-staff lama . Misalnya , pekeja baru ini pernah berkata pada aku bahawa dia tidak tahan layan budak-budak ini yang gila . Aku hanya ketawa dan berkata ia adalah normal dan perkara biasa . Seterusnya , dia tidak muncul-muncul lagi . Sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak mudah untuk mengawal anak-anak ini apabila tidak ada yang sudi bekerja di situ setelah sehari bekerja bersama kami . Mereka terus hilang tanpa berita .
Masuk pula jika kau bekerja hanya berdua mengawal sekumpulan anak-anak yang besar , kawan sekerja kau pula cuti sakit . Maka , hari itu , kau akan bekerja sendiri mengawal mereka . Memang waktu itu tahap kesabaran kau akan sangat diuji . Sangat penat ! Masa itu kau akan tahu apa itu langit dengan bumi . Tertekan ! Kau akan rasa tertekan sangat-sangat . Mujur ada staff-staff lama yang prihatin yang sesekali menghulurkan bantuan untuk meringankan bebanku . Kau bayangkan , kau kawal semuanya sendiri . Ajar budak , mandikan budak dan pakaikan baju budak , tidurkan budak serentak dalam satu masa , buat susu budak , cuci najis budak dan banyaklah . Sakit satu badan kau . Sumpah tak tipu . Aku bukan robot . Hatta robot buat kerja dalam satu masa yang lama tanpa henti pasti enjin dalam badannya panas dan lemah . Inikan aku pula manusia biasa . Tapi itulah , orang lain mana ambil tahu . Tahu semua nak cepat . Nak selesai . Budak dah tidur semua ? Kenapa baju boleh tertukar ? Tuala budak ni mana ? Budak ni buang air besar , basuh cepat . Ya , memang aku akan buat dan selesaikan masalah yang tercipta tanpa sengaja . Biasalah , manusiakan ? Tapi , aku hadapinya dengan tenang . Bila ibu bapa datang mencari aku , aku tetap sambut dengan senyuman . Semua masalah ada penyelesaian . Aku selalu terfikir , bagaimana nasib budak-budak ini andai aku berhenti kerja nanti ? Sayu hati .
Aku rasa sampai di sini sahaja aku kongsikan dahulu . Ada masa aku sambung lagi . Terima kasih membaca !
P/s : Gambar perkongsian dari pengalaman saya di bawah ini .

Terbaik ah.. boleh tulis novel ni
ReplyDeletetq
DeleteNice
ReplyDeleteWahhh, power lah ayat... Blh lah tu buat buku... 😄
ReplyDeleteSo inspirational.. You should write a novel or something
ReplyDelete