Ajari aku tentang cinta .
Apa itu cinta ?
Bercakap tentang cinta , semua orang suka . Cinta itu indah . Cinta itu mengasyikkan . Ya , cinta itu bagaikan angin . Ia datang perlahan-lahan , menular ke segenap pelusuk ruang yang ada . Tenang dan mendamaikan . Cinta itu subjektif . Tapi , tidak semua orang faham maksud sebenar-benarnya . Mereka letakkan cinta dengan nafsu , bukan dengan iman .
Jadi , saya ingin berkongsi pendapat saya tentang cinta . Cinta itu luas . Ini bukan bercakap tentang 'cinta monyet' tetapi cinta Ilahi .
Pada umur yang masih mentah ini , memang saya tujukan cinta saya yang pertama kepada yang menciptakan saya , Allah . Dialah definisi cinta sebenar-benarnya ! Semua cinta yang saya semai adalah kerana Allah . Kerana Allah , saya cintakan mama papa saya . Mama dan papa lah yang mendidik saya sehingga menjadi mawar agama . Dan sehingga kini , saya masih bertatih menuju cinta Ilahi . Terima kasih , mama dan papa . Kerana Allah , saya cintakan keluarga saya . Sungguh , banyak kisah pahit manis keluarga saya yang mana Allah sahaja yang tahu . Saya hadapinya dengan redha . Saya percaya dengan janji Allah bahawa Dia bersama-sama dengan orang yang sabar . Kerana Allah , saya cintakan kawan-kawan saya . Mungkin mereka menyangka , kawan-kawan tidak perlukan cinta . Kamu gila ke ? Ya , memang saya gila . Kerana saya tidak tahu antara banyak-banyak kawan saya itu , siapakah yang akan ajari saya tentang cinta Allah dan mampu menjadi asbab saya ke syurga ? Kerana itu , perbanyakkanlah sahabat mukmin kamu untuk mengajak ke arah pintu syurga dan pulang ke kampung asal kita . Kerana Allah , saya cintakan guru-guru saya . Merekalah yang banyak memberi ilmu kehidupan pada diri saya untuk hidup berbekalkan ilmu agar tidak mudah terpedaya dengan anasir luar . Terima kasih , guru . Kerana menjadi lilin yang menerangi hari-hari saya . Hendak bercakap tentang cinta kepada bakal suami , saya masih muda . Tapi , kerana Allah . Saya akan cintakan suami saya nanti . Kerana dialah yang akan membimbing saya bersama-sama membina masjid berpaksikan cinta Allah . Sungguh , saya tidak tergesa-gesa untuk mencari jodoh kerana saya tidak tahu , jodoh mana yang akan datang menjemput saya dahulu . Mungkin saya akan berjodoh dengan maut dahulu ? Kerana , mati itu datang pada bila-bila masa . Tentang jodoh , saya serahkan pada Allah . Kerana janji Allah , perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya .
Itu sahaja perkongsian yang boleh saya kongsikan . Terima kasih , membaca !
Nice
ReplyDelete